Shipping is FREE Malaysia-wide on all orders above RM50
FILEM KISAH BENAR BERGENRE SUKAN YANG WAJIB KORANG TONTON

Ford vs Ferrari 2019

Menurut The New Yorker filem ni boleh diibaratkan sebagai superhero-movie tetapi versi real life drama. Filem yang berkisarkan sukan lumba kereta ni memaparkan babak-babak benar semasa Ken Miles cuba untuk memenangi Le Mans 66, satu perlumbaan kereta yang berlangsung selama 24 jam tanpa henti. Filem ni sangat menarik sebab ianya menceritakan bagaimana satu pasukan yang kuat dan mempunyai pelbagai karakter berjaya mengalahkan kereta terpantas di dunia.

Bleed For This 2016 

Ramai yang tak tahu pasal filem ni. Kalau korang peminat sukan boxing dan sewaktu dengannya, korang wajib tonton filem ni. Berkisahkan kisah benar Vinny Pazienza atau lebih dikenali sebagai Vinny Paz. Filem ni menceritakan bagaimana Vinny membuat come back dan mengalahkan Loius Santana selepas kemalangan kereta yang menyebabkan lehernya patah. Vinny terpaksa memakai halo yang diskrukan di kepalanya sebagai support. Ouch!

Ola Bola 2016

Ola Bola merupakan satu lagi filem drama sukan tapi yang ni special sikit sebab it is from Malaysia!! Filem ni mengisahkan mengenai kegemilangan sukan bola sepak kebangsaan Malaysia sewaktu Berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980. Daripada lima belas pencalonan dalam Festival Filem Malaysia, filem ni berjaya memenangi empat kategori. Filem ni wajib ditonton sebab nilai-nilai yang ada dalam filem ni dekat dengan hati kita.heart

Baiklah sebagai bonus kami nak bagi korang sedikit newsflash tentang filem sukan yang bakal keluar pada tahun 2020 ni. Bakal tau jadi belum keluar lagi. Tajuk filem ialah King Richard. Korang mesti kenal dengan pasangan adik beradik Serena dan Venus William kan! Jadi King Richard ni sebenarnya ialah ayah kepada pasangan adik beradik ni. Kena tonton filem ni nanti untuk tahu penat lelah seorang ayah untuk melatih Serena dan Venus sehingga menjadi juara tenis. Menariknya watak King Richard akan dilakonkan oleh Will Smith.