Shipping is FREE Malaysia-wide on all orders above RM50
Fuel for 5K

Fuel For A 5K

Simple fact yang race serendah 5k selalunya akan mengambil masa lebih kurang 35 minit. Macam tak perlukan usaha yang teruk untuk habiskan 35 minit tu kan? Tapi sebenarnya untuk bekerja keras (berlari lah tu), korang masih perlukan fuel yang sesuai untuk menyudahkan larian korang.

 

3 Step Plan Yang Boleh Diikuti

You can, if you want, race a 5K on two tacos. Tapi pasti ada harga yang perlu dibayar. Untuk atlet yang sangat concern dengan prestasi, dah pasti korang perlukan high quality fuel kan! Jadi tak boleh makan sebarangan.

Carb, Carb, Carb!
Salah satu sebab kenapa karbohidrat ni penting ialah kerana karbo ni akan memastikan yang tahap glukos korang berada ditahap yang tinggi. Dengan adanya glukos ni badan korang mampu untuk menukar ianya kepada tenaga. Tahu tak bukan otot je yang memerlukan glukos otak kita pun perlukan glukos. Tapi korang kena pandai untuk memilih jenis karbohidrat juga ok? Dan pastikan yang korang ambil karbohidrat ni secara berhemah. Eat like a 5-year-old.

 

Hydrate
Cara kedua untuk lengkapkan persediaan 5k korang ialah dengan stay hydrated sehari sebelum race. Kalau korang rasa yang air kosong tu boring mungkin boleh minum air kelapa ataupun sports drink. Pastikan bukan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi ya!

 

Jangan Abaikan Sarapan
Pada pagi perlumbaan jangan skip sarapan. Mungkin ada sesetengah yang rasa agak nervous pada hari perlumbaan dan tak mampu untuk makan atau pun langsung tak rasa lapar. Jangan macam tu! This is bad idea untuk skip sarapan korang. Makan sesuatu yang ringan atau pun rendah fiber contohnya pisang, roti atau granola. Elakkan makanan tinggi fiber seperti jagung, beras perang, pasta atau kekacang.

Yang paling penting ialah jangan bereksperimen atau dengan kata lain mencuba sesuatu yang korang tak biasa makan untuk mengelakkan sakit perut. Kalau perlu untuk cuba energy gel mungkin korang boleh cuba seminggu sebelum perlumbaan. Jangan lupa untuk bangun pada waktu yang sama dengan perlumbaan semasa latihan sebagai eksperimen ya!