Shipping is FREE Malaysia-wide on all orders above RM50
OLD? Apetu? Sorry, Takde Dalam Kamus Saya!

Ok, siapa paling benci perkataan tua? Yes, ramai je yang benci. Kadang-kadang pernah tak dengar orang bilang : dah tua-tua baru nak lari marathon lah..triathlon lah..

Jangan terkesan dengan benda-benda sebegitu, ok? Semakin korang meningkat usia korang semakin bijak. Dan keputusan untuk mula berlari adalah satu keputusan yang saaaaangat bijak. You don't have to run faster, just run smarter 

Selangkan Dengan Sprint
Larian yang diselangkan dengan pecutan ni baik untuk jantung korang. Sebab ianya melatih jantung untuk mengepam semaksima mungkin dan kemudian pulih dengan cepat. Untuk sesiapa yang nak menghapuskan lemak, interval sprint dan juga larian secara menaik ni is definitely the way to go.

Sesi Recovery Itu Penting
Setiap selepas larian korang perlukan masa untuk recovery. Untuk pulihkan otot-otot yang dah penat bekerja. Let’s face it. It’s important ! Jangan mengelat ya. Bola dan roller foam membantu korang meregangkan tight spots, menjadikan otot korang lentur dan relax sedikit untuk lebih responsive pada regangan. Korang akan sukakannya, try it.


Stretch Dan Penaskan Badan 
Benda ni bunyinya macam lame, kan? Semua orang tahu yang warm up tu penting. Tapi berapa ramai yang betul-betul buat? Sesetengahnya hanya buat ala kadar. Jangan malu untuk regangkan kaki dan tangan kamu seregang-regangnya. Dan kalau korang berpeluh, itu adalah petanda baik.

LOMPAT!
Ramai orang yang agak segan untuk melompat. Tambah-tambah lagi kalau berseorangan. Jangan begitu, cuba buat jump squat. Tahan kedudukan squat korang tu selama satu atau dua saat dan spring up. Pastikan korang mendarat dengan lembut, jangan mencederakan kaki pula! Selitkan sedikit lompatan dalam larian korang. Teknik ni dapat bantu korang bila berlari naik ke bukit. Hati-hati jika korang ada mempunyai kecederaan kronik ataupun sakit lutut, skip it.

TRAIN SMARTER NOT HARDER
Ambil berat tentang penjagaan diri korang, stay hydrated, makan makanan yang berkhasiat, buat regangan badan, foam rolling. Sesetengah orang punya ahli terapi peribadi, tapi sebenarnya dengan berlari dapat mengurangkan stress dan salah satu teknik untuk problem solving. Sama seperti meditating, you mind will loves them. Mungkin agak susah untuk pertama kali tapi be gentle.

Happy running. Dan yang penting
have fun.be gentle.
To your legs.